Iklan Nuffnang

LION 2016 - Filem Yang Amat Bagus Ditonton

alriana5604@gmail.com - AL The One


Assalamualaikum & Salam Online;

Rakan2 Bloggers & Pengunjung2 blog saya yang dihargai,

First and foremost, saya ucapkan tahniah di atas kecemerlangan dan garapan juga arahan filem ini iaitu LION, yang ditayang pada tahun lepas 2016.
Walaupun agak terlambat untuk bercerita mengenai kebaikan dan tarikan filem ini, namun saya tetap juga ingin kongsikan sesuatu yang berguna untuk kita menerusi jalan cerita filem LION ini.

Filem ini bertemakan kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan,perjuangan dan juga menyentuh perasaan.

Saya sebenarnya jarang2 sukakan filem begini.Maklumlah, saya ini penggemar filem aksi dan superhero.
Bagi saya filem aksi dan superhero tidak berat untuk difikirkan,tidak sukar untuk ‘hadam’ oleh fikiran kita.Filem2 seperti Undisputed 1 hingga 4, lakonan Scott Adkins sebagai Boyka amat2 lah saya minati.


Tapi bukanlah bermakna saya bersikap ganas, suka bergaduh dan bertempur dengan orang.Filem aksi dan superhero bagi saya ianya merangsang minda, menambah semangat,menjadi fokus, tidak mengantuk dan yang penting ‘adrenalin’ kita meningkat, ia bermakna kita sihat, Inshaa Allah.

Ok, mengapa saya minat pulak filem LION 2016 ini ? sedangkan ia filem tema berat yang perlu diikuti perjalanan plotnya dengan teliti? Bahkan tiada langsung babak ‘kickboxing’ atau pun sekurang2nya adegan bertumbuk secara ‘gentleman’ ?

Ini jawapan nya.Ia amat menyentuh perasaan saya dan ia juga merupakan satu2nya filem bukan aksi yang saya minati setakat ini.
Saya juga fikir anda jika menonton filem ini, sekiranya anda tidak suka, maka ‘something wrong’ dengan hati dan pemikiran anda.
Kalau anda tidak percaya, cari DVD atau muat turun (download) filem LION 2016 ini.



Secara ringkasnya filem LION 2016 menceritakan berkenaan perjuangan seorang anak (yang hilang/sesat) semenjak kecil, umur 5 tahun di sebuah kawasan di India (Ganesh Talai) kerana tidak sengaja menaiki keretapi yang salah dan membawanya pergi begitu jauh (kira2 1500km) dari kampung asalnya.

Dia,yang dipanggil Saroo/Saru menghadapi bermacam kesulitan/pengalaman dan juga kesukaran hidup.
……..Nak tahu kesudahan nya ?, silalah tonton,ya.


Filem ini pelakon utamanya ialah :

1.Dev Patel, yang pernah berlakon dalam filem Box Office Slumdog Millionaire, sebagai Saroo/Saru dewasa.
2.Sunny Pawar, kanak2 India sebagai Saroo/Saru ketika kecil, 5 tahun.
3.Priyanka Bosle, sebagai Ibu kepada Saroo/Saru.
4.Rooney Mara, sebagai teman wanita Saroo ketika dewasa.
5.Nicole Kidman, pelakon terkenal Hollywood sebagai pelakon pembantu memegang watak Sue iaitu Ibu Angkat kepada Saroo.





Untuk lain2 pelakon sila lihat di web blog dan carian sendiri, Ok.

Klik di sini : Hollywood Reporter

Pencalonan2 & Anugerah2 yang dimenangi oleh filem LION 2016 ialah seperti berikut :

Filem Lion 2016 Awards + Nominations

YEAR AWARD
2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Adapted Screenplay - Nominated
Luke Davies

2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Cinematography - Nominated
Greig Fraser

2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Original Score - Nominated
Dustin O'Halloran, Hauschka

2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Picture - Nominated
Emile Sherman, Iain Canning, Angie Fielder

2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Supporting Actor - Nominated
Dev Patel

2016 Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Best Supporting Actress - Nominated
Nicole Kidman

2016 British Academy of Film and Television Arts
Best Adapted Screenplay - Won
Luke Davies

2016 British Academy of Film and Television Arts
Best Cinematography - Nominated
Greig Fraser

2016 British Academy of Film and Television Arts
Best Original Music - Nominated
Dustin O'Halloran, Hauschka

2016 British Academy of Film and Television Arts
Best Supporting Actor - Won
Dev Patel

2016 British Academy of Film and Television Arts
Best Supporting Actress - Nominated
Nicole Kidman

2016 Directors Guild of America
Best Director - Nominated
Garth Davis

2016 Hollywood Foreign Press Association
Best Original Score - Nominated
Dustin O'Halloran, Hauschka

2016 Hollywood Foreign Press Association
Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Motion Picture - Nominated
Dev Patel

2016 Hollywood Foreign Press Association
Best Performance by an Actress in a Supporting Role in a Motion Picture - Nominated
Nicole Kidman

2016 Screen Actors Guild
Best Supporting Actor - Nominated
Dev Patel

2016 Screen Actors Guild
Best Supporting Actress - Nominated
Nicole Kidman

Cuba lah anda tonton filem ini.

Saya optimis mengatakan yang anda akan merasa begitu terkesan dengan garapan filem dan jalan penceritaannya.

FYI, Saroo atau Saru atau sebutannya ‘Sheru’ bermaksud SINGA (LION).

Disebabkan ini lah, maka filem ini diberikan nama/tajuk LION.


Sekian.

Tiada ulasan: