Iklan Nuffnang

Ahad, 20 Disember 2015

Menang Hadiah Lagi : Hamper Enchanteur & Voucher Penginapan Hotel Aloft

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam online,

Hai pengunjung blog saya yang sporting,

Saya suka untuk kongsikan yang saya dan isteri memenangi sedikit hadiah yang tidak disangka2 hasil usaha menyertai pelbagai peraduan.

Hadiah yang isteri saya menangi ialah berupa :

1.Set hamper barangan berjenama Enchanteur edisi keluaran terbaru.
Nilainya mungkin sekadar RM300 saja lah.Apa2 pun saya bersyukur dengan rezeki ini.Ada 7 jenis item kesemuanya.
Iaitu :

i.Eau De Toilette (Pewangi) edisi Charming.
ii.Perfume Talc (Bedak) edisi Charming.
iii.Shower Gel (Gel Mandian) edisi Charming.
iv.Body Mist/Spray (Spray Tubuh) edisi Charming.
v.Body Lotion (Losyen Kulit Tubuh) Moisture Silk edisi Enticing.
vi.Deo Spray (Spray Wangian) edisi Alluring.
vii.Double Moisture Body Serum (Serum Pelembap Kulit Tubuh).




2.Manakala saya sendiri memenangi 1 Voucher Penginapan Percuma di Hotel ALOFT KL Sentral.Hotel ini bersebelahan sahaja dengan NU Sentral Mall.Ia merupakan Hotel jenis Butik dan dikategorikan Hotel bertaraf 4 Bintang.Nilainya cuma dalam RM500 lebih kurang.Jadilah.Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan berasa amat bertuah.



Jadinya, teruskanlah mencuba nasib menyertai apa2 peraduan ya !
Janganlah terlalu berharap, cuba sahaja dan lihatlah hasilnya nanti.

P/s : Untuk makluman anda, saya mencoretkan apa2 jua berkenaan kemenangan/hadiah yang saya terima/menangi di blog saya ini hanyalah sekadar meninggalkan memori atau sebagai kenang2an untuk saya di hari tua nanti, jika umur panjang diizinkan Allah dan ada sesuatu untuk dikongsikan dengan anak2 atau cucu.Bak kata orang, sebagai cerita-ceriti di hari tua.Ia tidak bertujuan untuk berasa bangga, riak atau pun ingin menunjuk2 kerana saya sedari kemenangan ini adalah tuah daripada Allah dan ia boleh saja diterima oleh sesiapa jua yang dikehendaki oleh Allah.

Setiap usaha, ada ganjarannya.Ingat ini,OK.

Bye.

Tiada ulasan: