Iklan Nuffnang

2H1M Bersantai Seketika di Kota Melaka

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Online;

Rakan2 Bloggers & Pengunjung2 blog saya yang dihargai,

Saya mulai entri kali ini dengan sebuah pantun :

‘’Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan hamba serahkan’’

P/s : Pantun ini tiada kena mengena dengan sesiapa, cuma nak memberitahu bahawa perkataan ‘Kota Melaka’ sudah amat lama digunakan dalam lipatan sejarah Melayu.


_________________________________________________________________________

Sebenarnya, saya nak kabo (beritahu) yang saya ke Melaka baru2 ini selama 2H1M untuk bersantai seketika/berjalan2/bersiar2 di Melaka iaitu di Bandar Hilir atau di Kota Melaka.

Walaupun Melaka ini dikira negeri agak kecil dalam Semenanjung Malaysia, tetapi kawasannya luas juga.
Jadi kalau ke Melaka, eloklah di ‘specific’ kan (diberitahu khusus) ke mana kita pergi.


Betul tak ?

OK, untuk ke sekian kalinya selepas ENTRY/ POSTING saya yang lepas berkenaan kunjungan saya ke Penang, saya gunakan format catatan/nukilan yang sama lagi dari segi gaya penceritaan di blog saya ini.

Ini memudahkan kita membaca dan memahami kisah travelog saya.

Untuk Kisah Travelog di Penang sila klik di link ini :

3H2M di Pulau Pinang - Memenuhi Hasrat Ayah

___________________________________________________________________________

Kali ini saya kongsikan pula berkenaan kisah saya bercuti 2 Hari 1 Malam di Kota Melaka/Bandar Hilir atau pun nama jolokannya ‘Kota Hang Tuah 5 Bersaudara’.

Saya berkunjung ke Melaka dari tarikh 01 -02 Oktober 2016.

Saya pergi dengan memandu kenderaan sendiri bersama keluarga kecil saya seramai 3 orang sahaja.

Jom ikuti kisahnya.

____________________________________________________________________________

Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.
Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita-ceriti di hari tua atau setelah bersara.
Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan oleh anda semua.


MULA CERITA


Ini cerita travelog saya.

Baru-baru ini saya telah pergi bercuti di Melaka/Bandar Hilir selama 2 Hari 1 Malam.

Semestinya lah bagi semua orang yang sudah sedia maklum mengenai Melaka, akan terlintas beberapa perkara ini mengenai keadaan/masyarakat di sana, iaitu :

1.Di Melaka ramai penduduk terdiri dari kaum Melayu dan Cina Peranakan (Baba & Nyonya) dan negeri ini merupakan negeri yang terkenal dengan kesan tinggalan sejarahnya yang amat masyhur di Semenanjung Malaysia.Siapa yang tak kenal dengan Hang Tuah 5 Bersaudara? Kota A Famosa?Replika Istana Sultan Melaka,Replika kapal Flor De La Mar (kini sebagai Muzium Samudera).Ia adalah ikon2 yang amat terkenal dari segi sejarah di Melaka.


2.Di Melaka ramai peranakan Cina atau dikenali sebagai Baba dan Nyonya.Mereka ter’asimilasi’ atau dipengaruhi budaya2 Melayu dahulukala dan juga mereka mengamalkannya dalam kehidupan sehingga ke zaman moden sekarang.Biasa sangat kalau kita lihat keturunan Baba dan Nyonya mereka fasih berbahasa Melayu, pandai membuat kerja2 tenunan,menjahit,bahkan pandai berpantun.Mereka juga suka berpakaian persis orang Melayu.

3.Dari segi masakan? Memang lah, Melaka terkenal dengan masakan Asam Pedasnya.Asal teringat masakan Asam Pedas, mesti teringat Asam Pedas Melaka, kan?Best woo…cuba lah, memang sedap.


(Kredit kepada blog ini atas gambar menggiurkan ini : rozzan.blogspot.com)

4.Satu lagi, makanan tradisionalnya, Dodol Melaka, Cencalok (shrimp paste) dan Belacan.Kalau sebut benda2 ini, mesti teringat Melaka lah pengeluar (producer) nya yang tersohor, kan?


Kredit untuk blog ini : zarenaheeney.blogspot.com


5.Lagenda Hang Tuah 5 Bersaudara, ia sudah semestinya.Mesti amat2 sinonim kan? Takkanlah kita ‘buta perut’ (sorry bahasa agak kasar sikit,hahaha..) atau pun Buta Sejarah sangat tak kenal Hang Tuah 5 Bersaudara iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.

__________________________________________________________________________

Pendek kata, 5 perkara ini, sudah amat lengkap untuk menggambarkan akan kemasyhuran negeri Melaka.Semestinya kita terlintas akan 5 perkara ini apabila seseorang menyebut negeri Melaka yang kaya dengan kisah tinggalan sejarah2 masa lampaunya.


Kredit untuk blog ini : novenra.wordpress.com

Saya pernah berkunjung 2 kali ke Melaka sebelum ini, saya sudah lupa, mungkin sekitar dari tahun 2001-2005 macam tu.

Saya jarang2 bersantai atau pergi bercuti ketika hujung minggu sebab untuk elak kesesakan lalulintas dan juga untuk mendapatkan kadar penginapan di luar masa ‘peak season’ (waktu puncak).Biasanya penginapan di hari bekerja (kita mengambil cuti) dan menginap di mana2 hotel harganya lebih murah.

Tapi kali ini, entah macam mana, plan punya plan, kena juga ambil pada hari minggu dan ditambah pula cuti gantian Awal Muharram pada Isnin.Cuti Umum Awal Muharram jatuh pada Ahad, jadinya automatik hari Isnin adalah cuti pada 03 Oktober 2016.Jadinya, saya cuma ambil 2H1M sahaja bersantai di Melaka dan tidaklah terlalu keletihan untuk kembali ke KL nanti.Iaitu pada 01-02 Oktober 2016 dan menginap semalaman di Hotel Sentral Melaka, yang terletak di Jalan Tun Seri Lanang.

_________________________________________________________________________

KE MANA SAYA BERKUNJUNG DI MELAKA ?

Berikut adalah tempat2 yang saya sempat kunjungi dan aktiviti2 yang saya lakukan sambil bersantai di Kota Melaka.Sememangnya lah tidak sempat untuk saya jelajah segala macam tarikan di Bandar Hilir dan Kota Melaka ini kerana saya pergi berkunjung dalam masa yang agak singkat cuma 2H1M sahaja.

Berikut adalah di antaranya :

1.Tinggalan kesan runtuhan Kota A Famosa.
Sudah tentu kena pergi melawat ikon sejarah ini dan seolah2 ikon wajib bagi Melaka jika kita berkunjung ke sini.Ia adalah benteng atau Kota Portugis yang dibina untuk menahan serangan musuh ketika zaman sejarah lampau.



2.Bangunan Warisan.
Ia dipanggil Melaka World Heritage City atau Bandar Warisan Dunia yang diiktiraf peringkat dunia.Tinggalan bangunan2 diperbuat dari kayu yang dicat semula berwarna merah sebagai menunjukkan betapa lamanya usia bangunan tersebut dijagai dan diperbaiki semula bagi menambahbaik keadaannya.Di sini saya cuma lalu lalang sahaja tanpa sempat bergambar kerana kesesakan lulintas yang amat teruk (inilah padahnya bercuti/bersantai di hujung minggu…hahaha..).


Kredit kpd blog ini : www.dreamstime.com

3.Dataran Pahlawan.
Ada beberapa tarikan bagus di sekitar lokasi Dataran Pahlawan ini.Ada Menara Taming Sari,Aktiviti Menaiki Beca Berhias,Sewaan Kereta Elektrik dan Motosikal Elektrik,adanya Uptown atau dikenali juga Pahlawan Walk Bazaar,berdekatan Shopping Mall Mahkota Parade, ada McDonalds, ada Medan Selera Hang Tuah, ada Muzium2 di bahagian kawasan belakangnya tak jauh dari replika Kapalterbang dan Keretapi yang dijadikan muzium.Di sini ada banyak Beca Berhias yang boleh dinaiki dengan bayaran RM25 satu beca dalam tempoh 15-30 minit.Juga terdapat taman permainan kanak2.Pendek kata, memang ‘happening’ menghabiskan masa di kawasan Dataran Pahlawan ini.


4.Melaka River Cruise.
Sebenarnya agak dekat juga lah dengan Dataran Pahlawan tapi kena berjalanlah sikit, penat juga.Ia terletak juga berdekatan dengan tarikan kapal Flor De La Mar atau dipanggil Muzium Samudera.Saya menyertai atau pun teringin merasai semula Melaka River Cruise ini kerana ingin menunaikan janji kepada anak saya, Zarif untuk menaiki bot.Sebenarnya sebelum ini di kunjungan yang lepas ke Melaka,saya sudah pernah merasai menaiki bot untuk Melaka River Cruise ini.Melaka River Cruise ini sungainya ada bahagian hujungnya atau sebahagian kawasannya berbau busuk.Macam bau kumbahan IWK.Sangat busuk.Seharusnya kerajaan Melaka memikirkan menggunakan teknologi tinggi bagi mengurangkan bau sungai tersebut.Saya tak pasti sama ada di Sungai/Terusan Venice di Itali juga ada berbau busuk seperti ini atau tidak?Saya belum sampai ke Venice,Itali.


Sebelumnya saya berjanji untuk membawa Zarif menaiki ‘Melaka Duck Boat/Duck Tours’, tapi malangnya hari yang kami mahu beli tiket, pekerjanya memaklumkan bot tersebut rosak (mungkin bocor).Jadi, tak ada rezeki lah nak merasai pengalaman menaiki Melaka Duck Tours yang boleh melalui di atas daratan jalanraya dan juga masuk ke dalam air/Sungai Melaka.Akhirnya saya bawa juga Zarif menaiki bot di Melaka River Cruise untuk menunaikan janji saya mengajaknya menaiki bot.Tak mengapalah bau busuk pun.Tahan saja lah baunya.

Tak mengapa Zarif, nanti Abah bawa Zarif pergi menaiki bot Duck Tours di negeri lain pulak jika ada rezeki, ya!


5.Hard Rock Café Melaka & Jonker Walk.
Dua tempat ini saya gabungkan sebab ia amat dekat cuma bersebelahan sahaja lokasinya.Saya yang dikira ‘die hard fan’ (ya ke? tak kot?) Hard Rock Café memang suka membeli cenderamatanya di Hard Rock Shop.Tapi sayangnya, pameran jualan barangannya agak kurang berbanding Hard Rock Shop Kuala Lumpur.Banyak barangan kegemaran saya sudah pun dibeli dan dimiliki.Bahkan ada yang masih belum digunakan/dipakai, seperti topi, lanyard, pouch, button,cloth stickers dan T Shirt.Tapi Hard Rock Café Melaka cantik juga sebab di depannya ada ruangan luas untuk bergambar dengan ikon biasanya, gitar rock bersaiz gergasi/besar yang berdiri tegak.



Manakala Jonker Walk pula bagi saya umpama Uptown jugalah cuma ia lebih kepada peniaga2 yang ramai terdiri dari orang Cina.Jika untuk peniaga2 orang Melayu pula dikhususkan ruangan meniaga di Pahlawan Walk yang saya ceritakan tadi, di Dataran Pahlawan.Di Jonker Walk ini ada macam2, standard lah, macam Uptown.Memang ‘happening’, cuma saya kurang senang dengan bau2nya.Bukan bau2 masakan Cina tetapi ada ‘something smelly’ yang entah mana datangnya mungkin longkang atau sampah berdekatan pada masa saya berkunjung itu.


6. Rumah Terbalik

Dikenali sebagai Upside Down House, tarikan ini best juga.Walaupun cuma dibuat di kediaman rumah kedai bahagian tingkat bawah, namun boleh ‘enjoy’ jugalah.Seronok bergambar di sini dibantu oleh staf2nya untuk menghasilkan gambar2 yang unik dan menarik seolah2 realiti rumah tersebut terbalik.


:- Mohon maaf kerana kesilapan taip (typo error) di gambar, sepatutnya Rumah Terbalik Melaka atau Melaka Upside Down House, bukannya Museum 3D Melaka.


7.Menikmati Masakan Asam Pedas Melaka.
Saya sudah lupa nama Restoran tempat saya makan tengahari ketika mula2 sampai di Kota Melaka.
Kalau tak silap, berdekatan dengan pusat membeli belah Pinggiran Sungai Melaka yang tertera perkataan ‘TANGS’, tak jauh dari situ ada satu deretan kedai2 dan ada satu Kedai Melayu yang menghidangkan masakan Asam Pedas Ikan Kembung dan Ikan apa satu lagi saya tak tahu.Memang amat lazat dan ‘pure’ asam pedasnya.Bahkan wife saya juga mengakui akan keenakannya.Nampak gayanya, kena buat sendirilah nak makan lagi, cari resepi Asam Pedas Melaka di Google.Hahaha…

8.Bazaar Warisan.
Lokasi ini lambat saya kunjungi, sudah dekat nak pulang ke KL baru lah sempat terjah ke sini.Rupa2nya baju2 T Shirt, topi2, kain2, makanan2 ringan, cencalok, belacan dan cenderamata2 lebih murah dijual di sini berbanding di kawasan lain.Ruginya bro !
Bazaar Warisan ini jika tidak salah saya betul2 berdekatan, tak jauh (boleh nampak jelas di hadapan) Kapal Flor De La Mar atau Muzium Samudera dan jalan menuju ke Melaka River Cruise.

Sebelum itu asyik merayau di gerai2 atas di kawasan Dataran Pahlawan.Di situ agak mahal sedikit lah barangan yang dijual, dalam bezanya RM1-RM5 jugalah dari segi harganya.

9.Menaiki Beca Berhias
Sengaja saya mahu memberikan kegembiraan supaya anak saya, Zarif rasa seronok, saya pilih Beca Berhias yang bertemakan Doraemon.Dia begitu ‘excited’ dan terus naik beca itu.Hahaha…

Pengayuh beca itu peramah orangnya, perjalanan dari Kota A Famosa hingga ke Menara Taming Sari kira2 mengambil masa hampir 30 minit dikenakan bayaran RM25 sahaja.Beca boleh memuatkan hingga 3 orang (2 dewasa + 1 orang kanak2 sahaja).



10.Singgah sebentar di Bandar Hilir dan Mercutanda I Love Melaka.

Ini betul2 lokasi di mana diletakkan ‘signboard’ (tanda nama/mercutanda) I Love Melaka.Punyalah sesak jalan di sini, bas2 pelancongan berhenti, dengan kawalan polis trafik bagai, saya cuma sempat keluar dari kereta lebih kurang 1-3 minit sahaja, itu pun semata2 nak bergambar di tugu I Love Melaka.Hahaha…

Letak kereta dengan selamba di tepi jalan, beri signal berhenti di kiri bahu jalan, berdekatan Bulatan (roundabout) ada tugu/patung Sang Kancil iaitu lagenda pembukaan Melaka oleh Parameswara atau Sang Nila Utama (tolong betulkan fakta ini jika salah,ya),hihihi…saya keluar cepat2 dari kereta dan ambil beberapa keping gambar di Tugu I Love Melaka.



Sebenarnya lokasi ini tak jauh dengan bangunan Kota Warisan Dunia (World Heritage City) yang saya katakan bercat merah tadi itu.Memang sangat2 susah nak cari ruang parking kenderaan di sini.Saya fikir sekarang ini memang Kota Melaka/Bandar Hilir ini dipromosikan sebagai Bandar Pelancongan untuk Pejalan Kaki agaknya.Apa dalam Bahasa Inggerisnya disebut? ‘City Walk Friendly ’? ‘Bandar mesra pejalan kaki’, begitulah lebih kurang maksudnya.Jadinya amat tidak sesuai orang macam saya yang tak suka dan mudah lenguh kaki untuk berjalan.Hahaha…Jalan kaki untuk jarak dekat2 boleh lah.Kalau untuk ‘tawaf’ merata-rata bukan jenis saya lah woiii…Hihihi…

____________________________________________________________________________

Jadi inilah sahaja 10 jenis aktiviti yang sempat saya lakukan selama 2H1M di Kota Melaka/Bandar Hilir yang bersejarah ini.
Semoga anda yang membaca blog saya ini sedikit sebanyak dapat manafaatnya, ya.
Manalah tahu, kan, ada yang sudah lama benar tak berkunjung ke Melaka, paling tidak, ada lah sikit2 ‘clue’ untuk dijadikan panduan.

TOLONG IKLAN

Kali ini, untuk Trip 2H1M ke Melaka ini, saya memilih untuk menginap di Hotel Sentral Melaka yang terletak di Jalan Tun Seri Lanang.Kadar tempahan yang saya dapat begitu berpatutan melalui website Booking.com.


Kredit kepada Encik yang memiliki motosikal kuasa tinggi ini, yang diletakkan di ruang parking Hotel Sentral Melaka.Kalau tak silap saya macam motosikal jenama Honda Gold Wing ini...jadi lah dapat bergambar pun.Saya memang peminat motosikal Honda.Tak dapat Gold Wing, guna Honda Future 125CC saya pun jadi lah.

Standard hotel kelas 3 Bintang ini,tidak perlu diterangkan secara terperinci, jadinya semua fasiliti disediakan seadanya.Kolam renangnya walaupun agak kecil sedikit terletak di tingkat atas sekali (rooftop), namun cukup menggembirakan anak saya untuk bermandi manda di situ.





Untuk tempahan di Hotel Sentral Melaka bolehlah mengunjungi website nya di sini : http://www.hotelsentralmelaka.com.my/ atau klik di sini :

Hotel Sentral Melaka

Jika mahu membuat tempahan melalui Booking.com juga boleh klik di sini :

Booking.com

___________________________________________________________________________

KONSEP PERCUTIAN SAYA

Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.

Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.
Sebab itu,saya bercuti di Melaka ini saya telah ‘set’ kan perancangan saya untuk menginap di hotel berdekatan bandar dan tidak jauh dari Kota Melaka. Senang nak akses ke tempat2 tarikan, tetapi kena bersabar lah sebab penginapan di tengah2 bandar amatlah sibuk suasana lalu lintasnya lebih2 lagi di hujung minggu.

____________________________________________________________________________

PENUTUP CERITA

Jadi itu sajalah ceritanya, daripada saya berkenaan Trip singkat saya ke Melaka bersama isteri dan anak saya.Saya berasa puas dan seronok apabila melihat Zarif seronok dengan percutian singkat ini.Walaupun dia kelihatan seperti tidak begitu puas bercuti, saya tetap memujuknya, mungkin di lain masa kami perlu mengambil percutian yang lebih lama seperti 3H2M atau pun 4H3M, barulah lebih seronok.


Hakikatnya saya akui, banyak lagi tarikan pelancongan di Melaka, namun selama 2 Hari 1 Malam saya menginap di sana, aktiviti2 yang lain tidaklah saya berkesempatan untuk melakukannya.Di antaranya, pergi mengunjungi Pantai Tanjung Bidara, Melaka Toys Museum di Bukit Baru,menjamu selera di Umbai Ikan Bakar yang terkenal,mengunjungi Zoo Melaka dan Taman Buaya di Ayer Keroh.Sebabnya tidak berkunjung ke Ayer Keroh kerana banyak masa ditumpukan di kawasan Bandar Hilir/Kota Melaka sahaja.

Selain itu, Menara Taming Sari juga saya memilih untuk tidak membawa Zarif dan isteri kerana dia agak gayat kepada ketinggian.Saya telah pun pernah merasai menaiki pelantar berpusing di Menara Taming Sari ketika berkunjung ke Melaka suatu ketika dulu.Memang agak gayat tapi saya Ok dan memberanikan diri.

______________________________________________________________________________

TAGLINE TRAVELOG SAYA

Seperti selalu dalam entri blog saya (jika postingnya bertemakan pelancongan) yang lepas, saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :

‘Santai kita, cara kita’


Maksudnya, usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.

Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki lebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.

_______________________________________________________________________________


So, last but not least, hargailah masa berkualiti bersama keluarga kita.
Sentiasalah menggembirakan mereka sekadar termampu oleh kita.

Kita tidak perlu menunggu adanya jutaan ringgit barulah bercita2 pergi ke sana sini untuk melancong.Dengan cara kita, dengan bajet kita, dengan cara kita berbelanja secara berhemah ketika melancong juga menjadikan kita mampu untuk bercuti bersama keluarga.

Jom melancong bersama keluarga!

Tiada ulasan: