Iklan Nuffnang

Zarif Menyertai Kejohanan Koryo Taekwondo di Melaka

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai pengunjung sekalian,

Bersua kembali di blog saya ini,

Sengaja saya ingin kongsikan di sini, berkenaan Zarif , yang layak menyertai ke Kejohanan Sirkit Koryo Taekwondo antara negeri2 di Semenanjung Malaysia, yang telah diadakan pada 29 Julai 2017 bersamaan hari Sabtu baru2 ini.

Kejohanan taekwondo ini diadakan di SJK Cina,Masjid Tanah Melaka.



Saya pergi awal sehari dan menginap di Chalet Seraya berdekatan Pantai Padang Kemunting, yang sungguh indah dan damai di tepian laut.

Pada keesokan paginya awal2 lagi perlu ke SJK Cina Masjid Tanah kerana kejohanan taekwondo bermula seawal jam 8 pagi.

Jadinya pada hari Jumaat saya telah mengambil cuti dan memandu dari Selangor ke Melaka.



Saya rasa bersyukur, kini Zarif telah bergerak maju dan agak terkehadapan dalam sukan taekwondo ini.Memandangkan dia juga berminat dan suka kepada sukan ini,saya juga menyokongnya dan memberi galakan/motivasi kepadanya.Dia bakal mendapat Green Belt pada bulan ini, Inshaa Allah selepas Grading nanti pada 12 Ogos 2017.Sekarang dia di tahap Yellow Belt Two.




Zarif yang baru saja berusia 6 tahun ini seorang anak yang periang, aktif dan bijak.Tidak menang tangan saya melayaninya.Kadang2 dia agak nakal dan melawan.Namun itulah resam dan karenah anak2 di usia begitu.Perlulah kita sebagai ibubapa mendidik dan mengawal anak2 seperti ini dengan bijak.

Kadang2 perlu dimarahi, namun niat kita untuk mengajarnya/mendidiknya.Bak kata pepatah, dalam marah ada sayangnya.



Saya juga tidak lupa memberikannya didikan agama memandangkan ianya penting.Maklumlah di alam millennium ini, di abad ke 21 ini, yang penuh dengan ranjau dan onak duri kehidupan sosial yang membarah, didikan asas2 agama sangat penting.

Jadi selain aktiviti bersukan taekwondo, saya juga menekankan pembelajaran Iqra/Membaca/mempelajari asas2 Juzuk Amma (Muqaddam) dan Al Quran dengan menghantarnya di sebelah waktu petang.Mudah2an Zarif akan jadi anak yang baik, berdaya maju, aktif dan bijak.





Zarif,Abah impikan Zarif menjadi seorang yang berjaya dalam sukan taekwondo ini dan juga Zarif menjadi anak yang baik dan bijak dalam pelajaran.
Abah dan Mama sangat sayangkan Zarif.

We love u, Zarif.


Sekian.Zarif

Tiada ulasan: