Iklan Nuffnang

Cerita Santai Kami - 2H1M di Gold Coast Morib

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Online;

Rakan2 Bloggers & Pengunjung2 blog saya yang dihargai,

Saya suka kongsikan di sini keseronokan saya bersama keluarga kecil saya bersantai 2H1M di Gold Coast Morib International Resort.
Kami pergi pada 24 April 2017/hari Isnin iaitu secara kebetulan cuti umum sempena Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong yang baru, iaitu Sultan Muhammad V.



Gold Coast Morib International Resort ini, saya berikan ‘abbreviation’ nya sebagai Gold Coast Morib (GCM) sahaja, ya.Ini untuk memudahkan saya menaip.

Sebenarnya, ramai sudah tahu dan sudah pun pernah ke GCM ini dan ada yang buat review positif dan ada yang negatif.

Mari kita baca review saya pulak.





OK, sebenarnya saya sudah pernah berkunjung ke Morib atau ke Pantai Morib sebelum ini walaupun tidaklah bermalam/menginap di Morib.
Tapi kali ini saya bermalam di GCM untuk melayani Zarif bermain di Taman Tema Air nya.
Untuk Kisah Jalan2 di Morib sila klik di link ini :

Apa Yang Menarik di Pantai Morib ?


Kali ini saya kongsikan pula berkenaan kisah saya bercuti 2 Hari 1 Malam di Gold Coast Morib International Resort, Morib Selangor.

Jom ikuti kisahnya.







Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.
Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita-ceriti di hari tua atau setelah bersara.

Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan oleh anda semua.


MULA CERITA

Ini cerita travelog saya.
Straight to the point, saya senarai kan ini adalah di antara tarikan2 yang terdapat di GCM.
Semestinya lah bagi semua orang yang sudah sedia maklum mengenai tarikan di GCM ini akan berasa ianya biasa2 sahaja, tiada yang menarik atau tiada factor ‘wow’ pun di sini, namun lihat dulu :

1.Taman Tema Air.
Ok lah, seronok juga di sini.Taman tema air nya yang agak luas,seronok untuk anak2 bermain air dan berendam di sini.Ada juga pihak penganjur buat tarian dan pesta air (Songkran Feast) di sini.Siap boleh joget2 sambil bermandi buih (bubble bath), ditemani oleh Maskot di atas pentas khas.










2.Bilik Berkonsepkan ‘Resort Room’.

Saya menginap di bilik 3455 di Tingkat 4, iaitu bilik berkonsepkan ‘resort apartment room’,sayangnya menghadap ke depan air pancut (menghala ke depan lobby).Tidak menghadap ke Taman Tema Air.Namun, OK lah biliknya, selesa, bersih dan juga bilik airnya ada satu jakuzi besar boleh memuatkan seorang dewasa dan seorang kanak2.Ada juga ruang balkoni yang luas dan boleh bersantai sambil berbual2 dan minum petang.



3.Ruang Kanak2 Bermain/Sukaneka.
Boleh dikatakan, ruang tingkat bawah berhampiran Restoran, berdekatan juga dengan tepian kawasan berpasir di pantai,ada ruang sewaan permainan untuk kanak2, seperti permainan menunggang motosikal dan kereta elektrik menggunakan bateri.Ada permainan memanah kanak2,mesin slot tunggangan kanak2 (swing toys).

Selain itu ada juga ruang bergambar di lukisan ‘3D arts’ yang memaparkan gambar penyu berenang.



4.Menunggang Kuda Padi (Pony Horse).
Di tepian berpasir dilengkapi tempat beristirehat ‘buaian lambung’(hammock), terdapat kuda padi yang boleh dinaiki oleh kanak2 dan dikenakan bayaran RM10 untuk kira2 10 minit lebih kurang.
Seronok juga melayani anak2 menaiki kuda kecil ini.Nama kuda ini John dan usianya 12 tahun, dari makluman si pengembalanya iaitu seorang warga Bangladesh kalau tak salah saya.


5.Restoran The Pier dan Ikan Bakar.
Kebetulan saya datang hari tersebut, ianya ditutup.Hanya Restoran berhampiran Lukisan 3D arts sahaja yang dibuka.Tapi, saya tidak menikmati juadah di sini kerana ianya mahal, RM48 seorang dewasa.

Saya mendapatkan maklumat dari pekerja Taman Permainan Kanak2 di situ, penginap2 di MGC ini biasanya mereka akan makan di Pantai Morib, iaitu kira2 jaraknya 5KM dari GCM.

Jadi, malam itu kami ke Pantai Morib dan menikmati makanan di sana.Rupa2nya, Pantai Morib ‘hidup’ (beroperasi) juga dengan gerai2 yang pelbagai, walaupun pada waktu malam.Bagus sangat.Penginap2 di MGC bolehlah ke gerai2 makanan di Pantai Morib untuk makan2 dengan lebih banyak pilihan dan dengan kadar yang lebih menjimatkan.

Saya dan keluarga hanya sempat merasai sarapan pagi di CafĂ© MGC dan OK lah makanannya, banyak juga pilihan walaupun diberikan sebagai ‘compliment breakfast’ yang termasuk dalam bayaran penginapan.




TOLONG IKLAN

Kali ini, untuk Jalan2 2H1M ke MGC ini, saya membuat tempahan melalui Agoda.com.
Jika mahu membuat tempahan melalui Agoda.com boleh klik di sini :

www.agoda.com


KONSEP PERCUTIAN SAYA

Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.

Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.

Bagi Jalan2 ke MGC ini, saya tidaklah begitu memperincikan sangat akan keperluan menjelajah (explore) ke kawasan tarikan2 di Morib ini.Sebabnya fokus saya cuma ingin berehat2/bersantai dan melayani Zarif bermandi manda di Taman Tema Air.


PENUTUP CERITA

Bolehlah dikira jarang2 sekali saya akan memenuhi juga keinginan anak untuk berhibur dan bermalam di mana2 resort/hotel yang saya fikirkan mampu untuk di inap.Selain itu ianya juga sebagai terapi kepada saya sendiri untuk berehat sekejap dan melupakan sebentar permasalahan kerja.


TAGLINE TRAVELOG SAYA

Seperti selalu dalam entri blog saya (jika postingnya bertemakan pelancongan) yang lepas, saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :
‘Santai kita, cara kita’

Maksudnya, usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.


Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki lebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.


So, last but not least, hargailah masa berkualiti bersama keluarga kita.
Sentiasalah menggembirakan mereka sekadar termampu oleh kita.
Kita tidak perlu menunggu adanya jutaan ringgit barulah bercita2 pergi ke sana sini untuk melancong.Dengan cara kita, dengan bajet kita, dengan cara kita berbelanja secara berhemah ketika melancong juga menjadikan kita mampu untuk bercuti bersama keluarga.

Jom melancong bersama keluarga!

Tiada ulasan: