Iklan Nuffnang

Bersantai Percuma 2H1M - Tajaan Hotel ALOFT KL Sentral

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam online kepada semua pengunjung blog saya.

Semoga anda happy sentiasa,Ok.

Guys & Girls,

Saya baru2 ini amat gembira kerana mendapat tajaan penginapan percuma selama 2H1M di Hotel Aloft, KL Sentral.
Saya menghabiskan masa bersama keluarga kecil saya dan bersantai secara percuma di hotel tersebut pada 02 hingga 03 April 2016 iaitu bersamaan cuti hari minggu Sabtu dan Ahad.


Sebenarnya voucher penginapan percuma ini saya menangi dalam satu peraduan di sebuah majalah.Hobi saya dan isteri yang secara konsisten dan terus menerus menyertai peraduan demi peraduan telah membuahkan hasil yang agak lumayan selama ini.Pelbagai hadiah yang telah kami nikmati dari sekecil2 tajaan hamper2 pelbagai jenis produk2 terkenal sehinggalah ke hadiah yang seperti ini iaitu tajaan penginapan percuma.Selain itu saya juga pernah memenangi sedikit wang tunai, T-Shirt, gajet komunikasi/telefon bimbit,rawatan percuma di Spa (untuk isteri) dan juga tiket memasuki Taman Tema seperti Legoland dan juga Lost World of Tambun.

Syukur Alhamdulillah.


OK, sekarang ini kita fokus pula kepada cerita santai percuma saya di Hotel Aloft.

Bagi anda yang belum tahu apa/di mana/ keistimewaan/ info berkenaan Hotel Aloft, silalah klik di sini :

HOTEL ALOFT KL SENTRAL



Mari kita sama2 tatapi/baca apakah keistimewaan Hotel Aloft ini.

Hotel ini amat selesa dan ia bercantum dengan pusat membeli belah yang baru iaitu NU Sentral Mall.Untuk pergi ke sini amatlah mudah kerana dengan hanya menaiki KTM Komuter tuju sajalah ke hentian KL Sentral dan bersebelahan saja, wujudlah Hotel Aloft.

Ia berkonsepkan hotel yang berkualiti moden dengan fasilitinya yang lengkap bertaraf 4-5 bintang, penginapan bilik yang luas dan selesa, mesra alam sekitar, hotel yang bebas dari merokok (non smoking hotel), bahkan ada ciri2 gabungan hiasan ruang lobi menunggunya seperti hotel berkonsepkan ‘boutique hotel’ yang bertaraf tinggi lagi berkualiti.


Bilik yang saya menginap diberikan ialah Bilik Aloft (Aloft Room) bernombor 515, di Tingkat 5,yang amat selesa boleh memuatkan kami bertiga (saya, isteri dan anak).Ruang yang selesa dan bilik air yang luas.Disertakan pelbagai tarikan hiburan saluran TV satellite,mini bar, hair dryer,’bath robe’,meja tulis/meja kerja yang selesa,sambungan wifi ‘high speed’ yang percuma dan juga sofa berehat yang selesa.


Saya dan keluarga sungguh seronok dapat berehat2 dan bersantai secara girang menikmati keseronokan bermandi manda di kolam renangnya di tingkat aras bumbung (atas sekali) di ‘roof top’, iaitu di tingkat 30 yang teratas sekali.Kemudian kami mengambil peluang pergi mengunjungi gymnasium nya untuk bersenam dan meregangkan otot2 bagi tujuan kesihatan dan mencuba peralalatan gymnasium nya yang amat lengkap.


Gymnasium ini berada di Tingkat 4.Manakala kolam renang berada di tingkat atas sekali (roof top) berdekatan dengan Mai Bar (pusat hiburan dewasa/bar).Kemudian untuk menikmati hidangan sarapan atau lunch/dinner bolehlah pergi ke Nook Restaurant di Tingkat 1.


Kami juga mengambil kesempatan mengunjungi dan berlibur di NU Sentral Mall bersebelahan di waktu malamnya.Di sini, ada GSC Cinema dan bolehlah menonton filem2 yang disukai.

Selain itu, NU Sentral Mall ini dikenali dan disukai oleh pelancong2 tempatan dan luar Negara kerana ia terdapat kedai2/butik2 pakaian2 berjenama terkenal di dunia.Di sini jika mahu mencari dan membeli pakaian sukan berjenama seperti NIKE,PUMA,REEBOK yang tulin maka inilah tempatnya.

Macam2 lagilah, sampai rasanya tak puas mengunjungi NU Sentral Mall ini.Asalkan ada duit, apa nak dibeli mesti dipenuhi, jadinya kami juga berbelanjalah sedikit sebanyak sekadar yang termampu.

Jom tatapi gambar2 kami semasa bersantai percuma di Hotel Aloft ini.


Apa2 pun terima kasih kepada pihak Hotel Aloft kerana memberikan hadiah penginapan percuma ini kepada kami.

Memang terbaiklah Hotel Aloft ini.


Masa nak pulang/check out rasanya tak puas menginap di Hotel Aloft ini, hahaha...maklumlah dapat free penginapan.

Tapi, tak juga, kalau kena bayar pun masih tak puas menikmati keselesaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Hotel Aloft KL Sentral ini.

Satu hari nanti, saya bertekad untuk ke sini lagi dan menginap lebih lama sambil2 bersantai dan juga bersiar2 di 'Hutan Batu',ibukota Kuala Lumpur ini.



OK, saya tamatkan entri kali ini dengan sebuah pantun ciptaan saya berkenaan Hotel Aloft ini.Ia berkaitan dengan gambar yang di atas ini, saya ambil dari bilik penginapan saya, bilik nombor 515.Kelihatan pemandangan ke bawah dan nampak jauh ke bawah, terasa gayat,melihat kenderaan yang lalu lalang sungguh kecil sekali.

Saya memang ada perasaan gayat iaitu perasaan agak takut juga kepada ketinggian sebenarnya.Hihihi...

‘’Hati2 menjenguk ke tingkap,
Memandang ke luar terasa getaran,
Hotel yang cantik, bersih dan lengkap,
Hotel Aloft menjadi pilihan’’

Sekian & Bye2.

Tiada ulasan: