Iklan Nuffnang

Alkisahnya Nak Pelihara Kucing, Ramadhan & Suria Hot Springs Bentong...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam & Salam Online,

Hai sahabat2 Online semua,

Sudah agak lama tak update blog saya ini.

Hampir juga 2 bulan tanpa cerita2 baru.Biasa lah di tengah kesibukan kehidupan dan kerjaya, kadang2 memang tak sempat nak mencoretkan isi/input baru di blog ini.

Cerita kali ini ialah cerita ‘Campuran/Rojak’.

Baru2 ini, saya berminat nak pelihara kucing lah,kononnya.
Terlintas nak memeliharanya adalah kerana secara tak sengaja telah melanggar/melenyek mati seekor adik beradiknya.Lalu tergetus hiba dan sedih rasa di hati, lantas ambil keputusan pelihara 3 ekor lagi yang tinggal.

Namun, mungkin kerana masa dan kesesuaian tempat, hasrat memeliharanya hanya bertahan kira2 cuma 2 minggu sahaja sebelum dipulangkan kepada ibunya.
Kasihan, sedih dan rasa seperti memisahkan mereka pula bersama ibunya.

Sempat juga menamakan mereka itu dengan Putih, Kelabu dan Jingga.
Panggilan nama singkatnya ialah Utih, Labu dan Jiger.
Semoga Utih, Labu dan Jiger lebih bahagia dan gembira bersama ibunya sekarang setelah dikembalikan mereka itu semua kepada induknya.




Ok, di samping cerita berkenaan kucing ini, kerana hari ini ialah 1 Ramadhan dan permulaan puasa, saya ucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak 1437 Hijrah.Semoga kita ikhlas menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan soleh kita kepada Allah.Harapnya Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna buat kita semua berbanding yang sebelum ini.



Saya juga baru2 ini sebelum menginjak ke bulan Ramadhan (seminggu sebelumnya/minggu lepas) sesaja ingin meneroka dan sempat berjalan2 dan berlibur (tanpa bermalam) di Resort baru di Bentong, iaitu Suria Hot Springs Resort, Bentong di lokasi agak pedalaman melalui jalan lama KL-Bentong.

Di sini ‘main attraction’ nya ialah kolam mandi air hangat/air panas (Hot Springs) yang dikatakan boleh memberikan khasiat menghilangkan lenguh2 sendi atau mereka yang menghidap penyakit ‘rheumatisme’.Sempat jugalah melayani anak saya, Zarif berendam di kolam mandi kanak2 di samping sesekali berendam di kolam air hangatnya yang agak rendah suhunya (kurang panas).




Resort ini baru lagi dibuka, cantik jugalah suasananya walaupun agak jauh sedikit ke pedalaman melalui Jalan Lama KL-Bentong ini.
Apa2 pun, suatu hari nanti saya bercadang menginap di sini sekiranya ada rezeki dan kesempatan untuk merasai suasana ruang penginapan/biliknya pula.

Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf kepada teman2 online andaikata terdapat salah silap saya.

Salam Ramadhan 1437 Hijrah.

Jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan: